

PENGUMUMAN
assalamualaikum & salam sejahtera semua warga mpe di bawah rangkaian billiondollar,terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana terlalu lama menyepikan diri.
Sejak MPE membuat perubahan pada pelan pemasaran mereka, saya sudah merasa sesuatu yang tidak baik bakal berlaku, saya berasa amat kecewa dengan sikap pengurusan dan juga top2 leader di MPE kerana tidak dapat membuat keputusan dengan begitu baik (win-win situation), pendirian mereka juga berubah-rubah, dalam selang beberapa hari terdapat pelbagai perubahan yang berlaku khususnya dalam pelan pemasaran.
Terdapat juga top-top leader mpe yang dituduh oleh pihak syarikat kerana membuat penyelewengan, ini saya dengar sendiri mereka. Semoga persahabatan kita tidak akan terputus oleh kerana syarikat yang di katan gah ini, yang sebenarnye hanya wayang semata-mata. Setelah di selidiki, YCRB tidak ada kena mengena dengan MPE, dan jumlah aset dan modal berbayar yang dikatakan berjuta-juta itu hanyalah wayang semata-mata.
Saya ingin meminta maaf sekali lagi kepada anda semua kerana mendiamkan diri selepas peristiwa tersebut. saya harap anda semua telah berjumpa dengan 'jodoh' anda di tempat lain, dan terus dapat menjana pendapatan yang lumayan di sana. anda sememangnya hebat!!!
p/s bagi mereka yang masih ingin meneruskan perjuangan di mp global, saya ucapkan selamat maju jaya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments: